Ahad, 21 Ogos 2011

Petua Menambat Hati Bakal Mertua~

Apabila kita berkahwin dengan seseorang yang kita kasihi sebenarnya kita berkahwin dengan seluruh keluarga & sanak-saudara dan yang paling penting sekali ibu dan bapa mertua kita.

Saya jumpa petua ni, sesuai la k0t erk utk dikongsi bersama...jom layan....

1.Berkenal-kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon    sekadar untuk bertanya khabar.

2. Kenali sikap sebenar mertua anda melalui pasangan anda.

3.Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka.

4.Berkongsi minat dengannya seperti memasak dan sebagainya

5.Bawalah buah tangan bersama ketika berkunjung ke rumah mereka.

6.Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Hari Bapa, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu.

7.Cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya

8. Jaga tingkahlaku dan tuturkata anda.

9. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.





Thank ko..sbb sokmo support saye....:)


Muaxxx


Mss KiKi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan